Friday, May 29, 2009

Voices Of Gaza (Palestine)



VOICES OF GAZA

Hear the voices of the children
Screaming out for your name...

Hear the crying of the mothers
Losing loved ones again...

We must realize
The hurt and the pain
We must realize
That we might be the same

Shouting out for the voices in you
Screaming out for the voices in you
And never turn your back
As voices won't stop

Calling out for the voices in you...


* Dalam kesibukan melakukan kerja dan tanggungjawab kita. Janganlah kita lupa pada saudara kita di sana yang ditimpa musibah yang tidak henti-henti. Kita di sini dihujani dengan air hujan yang membawa kesuburan, kesegaran pada pokok tanaman tapi lain cerita di sana. Mereka di sana dihujani dengan beribuan peluru pandu sama ada dari kapal terbang, kereta kebal mahupun senapang yang hanya membawa kepada kematian beribuan insan yang tidak berdosa. Marilah sejenak kita muhasabah pada diri kita yang kerdil ini yang tidak mempunyai apa-apa. Kita tanya pada diri kita. Siapakah mereka di hati kita? Akhir kata "Tepuk Hati (Kalbu), Tanyalah Iman"..

Tuesday, May 26, 2009

Penerbangan Terakhir

Buat semua penumpang sama ada yang sudah bersedia ataupun tidak.

Maklumat Tentang Perjalanan
* Tempat berlepas : Kehidupan dunia
* Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
* Destinasi : Akhirat
* Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
* Masa hadir : ketika dan selepas nyawa dicabut
* Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-Syarat Perjalanan
* Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua 'pilot' yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang Muatan Yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan putih
2) Kapas putih yang secukupnya
3) Muatan lain yang dipertimbangkan :-
i) Amal soleh
ii) Sedekah jariyah
iii) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
iv) Ilmu yang manfaat

Perhatian
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang sendiri. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

Saat & Waktu berlepas
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah sentiasa bersedia untuk berlepas setiap saat, jika tidak mahu sebarang kesusahan.

Diulangi
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang tidak perlu dipertikai dan diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka pengumuman ini ditulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan menarik, sesuai dengan firman Allah surah Al-Kahfi ; Ertinya : "Barangsiapa mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu".

Sekian, terima kasih.

* Wahai insan semua. Adakah kita semua sudah bersedia akan perjalanan terakhir ini? Adakah kita masih leka dengan kehidupan dunia yang sementara dan yang pasti akan membuat kita terlupa akan satu peristiwa akan pasti berlaku pada setiap insan iaitu kematian? Bagaimana dengan amalan yang akan kita bawa nanti? Marilah kita sama-sama mengingati kata Rasulullah ini : "Orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya". Tanyalah pada hati dan iman kita. Sejauh mana persediaan kita menghadapi perjalanan terakhir ini???

Sunday, May 24, 2009

Caknakah Kita @ Kita Tertipu


Dalam kita sedar atau tidak apa yang sedang berlaku kini. Itulah realiti yang kita harus terima. Realiti ini jugak membuka mata kita sekaligus membuka mata hati kita yang selama ini memandang remeh dan tidak ambil kisah semua ini. Cuba anda perhatikan betul-betul gambar 2 jenis kasut diatas. 1 jenis untuk orang dewasa dan 1 lagi untuk baby. Corak apa yang ada pada kulit kasut itu? Titik bintang 3, apa itu? Itulah tandanya ia adalah kulit babi. Maknanya kedua-dua kasut itu dibuat daripada kulit babi. Ohh..tidak, kita tertipu..

Monday, May 18, 2009

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia kita tidak punyai sesiapa kecuali diri kita sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian kita masih beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorang sahabat begitulah dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempuyai seorang sahabat yang sentiasa memahami dan selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita jua ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Perahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila dia terasa lemah agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabatnya sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Sunday, May 17, 2009

Bonus Pertama

Alhamdulillah cek diatas merupakan cek bonus pertama saya perolehi setelah saya jadi ahli HPA dan ikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Rumbia, Paka pada bulan puasa tahun lepas. Tidak disangka bonus sebanyak itu saya perolehi. Cek diatas hanya untuk dikongsi buat kita semua. Di sini saya ingin beritahu bahawa bertuahnya kita bila kita bersama-sama dengan HPA. Terdapat beberapa jenis bonus yang di tawarkan seperti bonus jualan peribadi, bonus jualan rangkaian, bonus generasi pangkat dan pelbagai lagi peringkat bonus. Yang pasti pemberian bonus ini begitu berbeza dengan syarikat MLM yang lain. Secara kesimpulannya, marilah kita menyertai HPA, menggunakan produk HPA dan mengesyorkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan insan-insan yang lain.

Saturday, May 16, 2009

Kopi Radix - Mai Secawan


Apa Itu Radix???
Nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. Radix terdiri 7 senergi akar herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Oleh kerana hampir semua bahagian herba yang digunakan itu adalah daripada akar, maka HPA menamaakan resepi ini sebagai Radix.


Fungsi 7 Herba Terpilih
  1. Tongkat Ali - Afrodisiak (menambah tenaga kelakian, melambatkan monepouse untuk wanita dan sumber kalsium organik untuk tulang).
  2. Teja Lawang - Karminatif (membuang angin dalam badan iaitu angin sengah, angin sendi dan angin darah).
  3. Mata Pelanduk - Diuretik (melancarkan urin, merawat sakit sendi dan ghout)
  4. Mengkudu Hutan - Laxatif (baik untuk sistem penghadaman, mencegah kanser usus dan menghilangkan asma).
  5. Tebu Gajah - Antidot (membuang keracunan, baik untuk pesakit kencing manis).
  6. Halban Hitam - Imuniti (baik untuk sistem pertahanan badan dan menguatkan otot badan).
  7. Larak Hutan - Kardiotonik (sebagai penambah tenaga terutama ibu-ibu lepas bersalin dan herba untuk awet muda).

Kelebihan??? Mengubati..
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi (Hypertension)
  • Terapi Usus (Colon Therapy)
  • Kanser (Anti-Tumor)
  • Kesuburan (Fertility)
  • Sakit Pinggang
  • Anti Stress & Rawatan Asma
  • Buasir
  • Pemecah Batu Karang
  • Meningkatkan Sistem Imuniti
  • Kegemukan (Obesiti) & Hati (Detokfikasi)
  • Ketagihan Rokok (6 Uncang Sehari)
  • Tidur Yang Berkualiti

Monday, May 4, 2009

Syarikat Bumiputera Islam Terulung Di Malaysia


HPA Industries Sdn Bhd

  • HPA : Herba Penawar Al-Wahida Industries Sdn. Bhd. sejak 1986 – 100% Muslim.
  • Peneraju produk herba termuka di Malaysia dan pengeluar pelbagai produk suci dan halal.
  • Ibu Pejabat : Lot 1985, Jalan Jejawi Dalam, 02600 Arau, Perlis
  • Pengasas : Tuan Hj. Ismail Bin Ahmad
  • Satu-satunya syarikat bumiputera Islam yang menjalankan Sistem MLM Syariah di Malaysia dan di dunia. Alhamdulillah kekal bertahan sehingga kini.

Misi HPA
  • Mengembang dan membangunkan industri herba agar dapat menyumbang kepada kesihatan manusia masa kini melalui perubatan holistik (jawi).
  • Menjadi penyelamat kepada umat Islam dengan mengeluarkan pelbagai produk barangan yang suci dan halal.
  • Membangunkan dan menjana ekonomi ummah melalui prinsip MLM Syariah.

Matlamat Berniaga
  • Mengembang dan membangunkan industri herba agar dapat menyumbang kepada kesihatan manusia masa kini melalui perubatan holistik (jawi).
  • Menjadi penyelamat kepada umat Islam dengan mengeluarkan pelbagai produk barangan yang suci dan halal.
  • Membangunkan dan menjana ekonomi ummah melalui prinsip MLM Syariah.

Berminat Menjadi Usahawan HPA
  • Daftar keahlian sebagai pengedar dengan bayaran RM30.00 seumur hidup.
  • Dapatkan kit niaga HPA setelah anda mendaftarkan diri.
  • Dapatkan taklimat lengkap tentang syarikat, produk, plan pemasaran dan program membina ushawan HPA daripada penaja anda.
  • Segera ke cawangan terdekat untuk mendapat produk, maklumat kursus dan lain-lain.

Pusat Penyelidikan & Perubatan Jawi (PPPJ)
  • Diagnos melalui Tapak Tangan, Irodologi, Lidah dan Nadi
  • Bekam (Al-Hijamah)
  • Refleksologi
  • Kiropraktik
  • Akupuntur

Mendapat GMP (Good Manufacturing Practice) atau amalan pengilangan baik dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1997.

* Alhamdulillah pada bulan ini (Mei) genaplah setahun saya menjadi ahli HPA. Banyak yang saya belajar dan perolehi daripada HPA. Kalau anda tidak menjadi ahli HPA dan tidak menggunakan produk-produk HPA adalah satu kerugian yang besar pada diri anda sendiri. "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"..