Tuesday, May 26, 2009

Penerbangan Terakhir

Buat semua penumpang sama ada yang sudah bersedia ataupun tidak.

Maklumat Tentang Perjalanan
* Tempat berlepas : Kehidupan dunia
* Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
* Destinasi : Akhirat
* Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
* Masa hadir : ketika dan selepas nyawa dicabut
* Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-Syarat Perjalanan
* Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua 'pilot' yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang Muatan Yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan putih
2) Kapas putih yang secukupnya
3) Muatan lain yang dipertimbangkan :-
i) Amal soleh
ii) Sedekah jariyah
iii) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
iv) Ilmu yang manfaat

Perhatian
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang sendiri. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

Saat & Waktu berlepas
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah sentiasa bersedia untuk berlepas setiap saat, jika tidak mahu sebarang kesusahan.

Diulangi
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang tidak perlu dipertikai dan diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka pengumuman ini ditulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan menarik, sesuai dengan firman Allah surah Al-Kahfi ; Ertinya : "Barangsiapa mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu".

Sekian, terima kasih.

* Wahai insan semua. Adakah kita semua sudah bersedia akan perjalanan terakhir ini? Adakah kita masih leka dengan kehidupan dunia yang sementara dan yang pasti akan membuat kita terlupa akan satu peristiwa akan pasti berlaku pada setiap insan iaitu kematian? Bagaimana dengan amalan yang akan kita bawa nanti? Marilah kita sama-sama mengingati kata Rasulullah ini : "Orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya". Tanyalah pada hati dan iman kita. Sejauh mana persediaan kita menghadapi perjalanan terakhir ini???

0 comments:

Post a Comment