Monday, June 1, 2009

Cerita Anak Ikan

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".

Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakanda yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan, ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan. Suatu hari nanti akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apa pun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu tetapi anakanda mesti ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara".

"Alam apa itu ibu?"

"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu. Leher anakanda akan disentap oleh besi yang tercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta. Anakanda akan dicampak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara. Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar. Mereka letakkan harga, ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai, manusia itu akan mengelar-ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam. Pedihnya ibu tidak dapat bayangkan dan ceritakan...", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

"Sehingga dikelar-kelar, anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak sehingga percikkannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu. Manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna. Akhirnya anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu. Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit. Ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas ini".

Si anak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dalam hatinya masih tidak yakin kerana belum pernah bertemu cacing yang begitu.

Suatu hari setelah si anak ini remaja dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Mereka terlihat seekor cacing yang amat besar dan nampak lazat berseri-seri. Semua ikan-ikan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri. Masing-masing menolak satu sama lain dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu. Akhirnya si anak itu yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata.

"Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku, makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku, ini habuanku...". Terlintas nafsu yang datang mengoda lalu si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu. Mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat setelah puas cuba melepaskan diri. Si anak itu berasa amat kesal dan sedih dalam dirinya kerana dia tahu apa yang ibu katakan memang benar cuma segalanya sudah terlambat hanya kerana nafsu.

* Begitulah kisah si anak ikan yang patut kita jadikan pengajaran pada diri kita yang lemah ini, yang tidak punyai apa-apa. Semasa kita kecil, ibu bapa kita menasihi kita beribu satu nasihat supaya kita tidak melangkah ke arah keburukan. Tapi dalam sedar atau tidak kita, musuh no.1 pada diri kita iaitu nafsu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita dan hanya boleh dilihat dengan mata hati yang baik. Kita tidak dapat mengduga nafsu sedang menyerang dan menguji iman kita. Bila kita melangkah sekali pasti sukar hendak kembali kepada yang asal. Oleh itu, marilah kita guna akal dan iman yang dikurniakan pada diri kita dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan kejahatan dan menjadikan kita hamba yang soleh/solehah dan bertaqwa. Amin..

Friday, May 29, 2009

Voices Of Gaza (Palestine)



VOICES OF GAZA

Hear the voices of the children
Screaming out for your name...

Hear the crying of the mothers
Losing loved ones again...

We must realize
The hurt and the pain
We must realize
That we might be the same

Shouting out for the voices in you
Screaming out for the voices in you
And never turn your back
As voices won't stop

Calling out for the voices in you...


* Dalam kesibukan melakukan kerja dan tanggungjawab kita. Janganlah kita lupa pada saudara kita di sana yang ditimpa musibah yang tidak henti-henti. Kita di sini dihujani dengan air hujan yang membawa kesuburan, kesegaran pada pokok tanaman tapi lain cerita di sana. Mereka di sana dihujani dengan beribuan peluru pandu sama ada dari kapal terbang, kereta kebal mahupun senapang yang hanya membawa kepada kematian beribuan insan yang tidak berdosa. Marilah sejenak kita muhasabah pada diri kita yang kerdil ini yang tidak mempunyai apa-apa. Kita tanya pada diri kita. Siapakah mereka di hati kita? Akhir kata "Tepuk Hati (Kalbu), Tanyalah Iman"..

Tuesday, May 26, 2009

Penerbangan Terakhir

Buat semua penumpang sama ada yang sudah bersedia ataupun tidak.

Maklumat Tentang Perjalanan
* Tempat berlepas : Kehidupan dunia
* Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
* Destinasi : Akhirat
* Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
* Masa hadir : ketika dan selepas nyawa dicabut
* Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-Syarat Perjalanan
* Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua 'pilot' yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang Muatan Yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan putih
2) Kapas putih yang secukupnya
3) Muatan lain yang dipertimbangkan :-
i) Amal soleh
ii) Sedekah jariyah
iii) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
iv) Ilmu yang manfaat

Perhatian
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang sendiri. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

Saat & Waktu berlepas
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah sentiasa bersedia untuk berlepas setiap saat, jika tidak mahu sebarang kesusahan.

Diulangi
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang tidak perlu dipertikai dan diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka pengumuman ini ditulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan menarik, sesuai dengan firman Allah surah Al-Kahfi ; Ertinya : "Barangsiapa mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu".

Sekian, terima kasih.

* Wahai insan semua. Adakah kita semua sudah bersedia akan perjalanan terakhir ini? Adakah kita masih leka dengan kehidupan dunia yang sementara dan yang pasti akan membuat kita terlupa akan satu peristiwa akan pasti berlaku pada setiap insan iaitu kematian? Bagaimana dengan amalan yang akan kita bawa nanti? Marilah kita sama-sama mengingati kata Rasulullah ini : "Orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya". Tanyalah pada hati dan iman kita. Sejauh mana persediaan kita menghadapi perjalanan terakhir ini???

Sunday, May 24, 2009

Caknakah Kita @ Kita Tertipu


Dalam kita sedar atau tidak apa yang sedang berlaku kini. Itulah realiti yang kita harus terima. Realiti ini jugak membuka mata kita sekaligus membuka mata hati kita yang selama ini memandang remeh dan tidak ambil kisah semua ini. Cuba anda perhatikan betul-betul gambar 2 jenis kasut diatas. 1 jenis untuk orang dewasa dan 1 lagi untuk baby. Corak apa yang ada pada kulit kasut itu? Titik bintang 3, apa itu? Itulah tandanya ia adalah kulit babi. Maknanya kedua-dua kasut itu dibuat daripada kulit babi. Ohh..tidak, kita tertipu..

Monday, May 18, 2009

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia kita tidak punyai sesiapa kecuali diri kita sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian kita masih beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorang sahabat begitulah dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempuyai seorang sahabat yang sentiasa memahami dan selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita jua ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Perahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbang dan takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila dia terasa lemah agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.

Sebagai kekuatan jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabatnya sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Sunday, May 17, 2009

Bonus Pertama

Alhamdulillah cek diatas merupakan cek bonus pertama saya perolehi setelah saya jadi ahli HPA dan ikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Rumbia, Paka pada bulan puasa tahun lepas. Tidak disangka bonus sebanyak itu saya perolehi. Cek diatas hanya untuk dikongsi buat kita semua. Di sini saya ingin beritahu bahawa bertuahnya kita bila kita bersama-sama dengan HPA. Terdapat beberapa jenis bonus yang di tawarkan seperti bonus jualan peribadi, bonus jualan rangkaian, bonus generasi pangkat dan pelbagai lagi peringkat bonus. Yang pasti pemberian bonus ini begitu berbeza dengan syarikat MLM yang lain. Secara kesimpulannya, marilah kita menyertai HPA, menggunakan produk HPA dan mengesyorkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan insan-insan yang lain.

Saturday, May 16, 2009

Kopi Radix - Mai Secawan


Apa Itu Radix???
Nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. Radix terdiri 7 senergi akar herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Oleh kerana hampir semua bahagian herba yang digunakan itu adalah daripada akar, maka HPA menamaakan resepi ini sebagai Radix.


Fungsi 7 Herba Terpilih
  1. Tongkat Ali - Afrodisiak (menambah tenaga kelakian, melambatkan monepouse untuk wanita dan sumber kalsium organik untuk tulang).
  2. Teja Lawang - Karminatif (membuang angin dalam badan iaitu angin sengah, angin sendi dan angin darah).
  3. Mata Pelanduk - Diuretik (melancarkan urin, merawat sakit sendi dan ghout)
  4. Mengkudu Hutan - Laxatif (baik untuk sistem penghadaman, mencegah kanser usus dan menghilangkan asma).
  5. Tebu Gajah - Antidot (membuang keracunan, baik untuk pesakit kencing manis).
  6. Halban Hitam - Imuniti (baik untuk sistem pertahanan badan dan menguatkan otot badan).
  7. Larak Hutan - Kardiotonik (sebagai penambah tenaga terutama ibu-ibu lepas bersalin dan herba untuk awet muda).

Kelebihan??? Mengubati..
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi (Hypertension)
  • Terapi Usus (Colon Therapy)
  • Kanser (Anti-Tumor)
  • Kesuburan (Fertility)
  • Sakit Pinggang
  • Anti Stress & Rawatan Asma
  • Buasir
  • Pemecah Batu Karang
  • Meningkatkan Sistem Imuniti
  • Kegemukan (Obesiti) & Hati (Detokfikasi)
  • Ketagihan Rokok (6 Uncang Sehari)
  • Tidur Yang Berkualiti