Monday, August 31, 2009

Syurga Cinta


Alhamdulillah tertunai jua hajat saya hendak tonton filem komedi ini 'Syurga Cinta' . Rancangan pergi kedai cd tanpa dirancang semasa dalam perjalanan balik ke tempat perjuangan. Setelah saya habis tonton cerita ini dari awal sampai akhir, bagi saya cerita ini sangat bagus ditonton semua lapisan masyarakat terutama remaja zaman kini. Saya tidak berhajat hendak 'kumpas' secara terperinci tentang cerita ini. Biarlah anda sendiri menontonnya. Cuma saya hendak berkongsi satu part dalam cerita ini untuk kita sama-sama fikirkan..

Syuhada : Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham : Tiga?

Atuk : Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaitan. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya, jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Selamat menonton..

2 comments:

Mawar Berduri said...

http://saifulislam.com/?p=6135#more-6135-lagi ulasan dari ustaz hasrizal

k u f a i z said...

Slm rmdhan drp ex anak usrah :)

syurga cinta boleh dikatakan OK bg masyarakat umum walaupun terdapat juga beberapa scene yang x kena ( cth : dating, naik kereta bersama )

Post a Comment