Monday, August 31, 2009

Syurga Cinta


Alhamdulillah tertunai jua hajat saya hendak tonton filem komedi ini 'Syurga Cinta' . Rancangan pergi kedai cd tanpa dirancang semasa dalam perjalanan balik ke tempat perjuangan. Setelah saya habis tonton cerita ini dari awal sampai akhir, bagi saya cerita ini sangat bagus ditonton semua lapisan masyarakat terutama remaja zaman kini. Saya tidak berhajat hendak 'kumpas' secara terperinci tentang cerita ini. Biarlah anda sendiri menontonnya. Cuma saya hendak berkongsi satu part dalam cerita ini untuk kita sama-sama fikirkan..

Syuhada : Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham : Tiga?

Atuk : Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaitan. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya, jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Selamat menonton..

Monday, August 24, 2009

Demam Yang Sudah Menjadi Wabak.


"Jangan lupa IMT" dos yang diambil perlu tinggi . Kalau 2 kapsul perlu diambil selang/jarak 2 jam. Habiskan satu botol dalam masa 2 hari dan jika diambil selang/jarak 4 jam perlu 4 kapsul sekali pengambilan. Anak-anak kecil dibuka 1 kapsul digoncang dan cairkan larutan dalam air masak diberi minum dalam keadaan kurangkan pahitnya. beri minum terus hingga sembuh. Kita (HPA) percaya dengan kaedah kita. Demam ini akan memperkenalkan pengubatan Jawi sebagai satu pilihan. InsyaAllah.

Saturday, August 22, 2009

Epilog Sekeping Hati


Duhai hati, mengapa kau begini?
Sesuka hati kau mempermain janji
Sekejap kau ingin berbakti kepada Illahi
Sekejap pula kau lari dari niatmu yang suci
Hinggakan aku tak pasti apa yang kau cuba cari

Aku pinta padamu wahai sang hati
Tolonglah mengerti keinginanku yang satu
Kepingin sekali menghadap Tuhan dengan jiwa murni
Tanpa janji palsu yang bersarang penuh puisi kosong
Menjadi omongan tetapi tak jua ditepati jasadi

Adakah kerana sifatmu semulajadinya memang berbolak-balik?
Pantas kau senang menukar haluan layarmu
Laksana kolek yang terumbang-ambing dipukul ombak
Ditolak ke kiri, ke kanan tanpa tujuan
Tiada sauh pemberat, tak juga dipasak ke bumi
Langsung tak teguh!

Tidakkah kau malu pada Penciptamu?
Di penghujung malam kau meratap inginkan keampunan
Namun di siang hari kau mencorak dosa serta kemurkaan
Sedarlah seisinya dunia hanyalah taman permainan
Malah harganya kurang daripada sebelah sayap nyamuk

Senda gurau ini tak akan berlarutan sampai bila-bila
Sampai masanya episod ini akan ditamatkan jua
Usahlah kau tertipu dek kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu hina
Pintu syurga terbuka seluas-luasnya untukmu jejakkan kaki
Jika kau betul-betul bijak ambil peluang di sini
Kau bakal tersenyum riang melihat harta hasil titik peluhmu disana.

Monday, June 1, 2009

Cerita Anak Ikan

Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".

Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakanda yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan, ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan. Suatu hari nanti akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar. Cacing itu itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apa pun kecuali untuk menikmati juadah yang enak itu tetapi anakanda mesti ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara".

"Alam apa itu ibu?"

"Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu. Leher anakanda akan disentap oleh besi yang tercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut anakanda. Kemudian mereka akan tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta. Anakanda akan dicampak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara. Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar. Mereka letakkan harga, ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai, manusia itu akan mengelar-ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam. Pedihnya ibu tidak dapat bayangkan dan ceritakan...", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

"Sehingga dikelar-kelar, anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak sehingga percikkannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu. Manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna. Akhirnya anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu. Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit. Ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas ini".

Si anak hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dalam hatinya masih tidak yakin kerana belum pernah bertemu cacing yang begitu.

Suatu hari setelah si anak ini remaja dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Mereka terlihat seekor cacing yang amat besar dan nampak lazat berseri-seri. Semua ikan-ikan itu telah mendengar cerita dari orang tua masing-masing cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri. Masing-masing menolak satu sama lain dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu. Akhirnya si anak itu yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata.

"Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku, makanan selazat ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku, ini habuanku...". Terlintas nafsu yang datang mengoda lalu si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu. Mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat setelah puas cuba melepaskan diri. Si anak itu berasa amat kesal dan sedih dalam dirinya kerana dia tahu apa yang ibu katakan memang benar cuma segalanya sudah terlambat hanya kerana nafsu.

* Begitulah kisah si anak ikan yang patut kita jadikan pengajaran pada diri kita yang lemah ini, yang tidak punyai apa-apa. Semasa kita kecil, ibu bapa kita menasihi kita beribu satu nasihat supaya kita tidak melangkah ke arah keburukan. Tapi dalam sedar atau tidak kita, musuh no.1 pada diri kita iaitu nafsu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita dan hanya boleh dilihat dengan mata hati yang baik. Kita tidak dapat mengduga nafsu sedang menyerang dan menguji iman kita. Bila kita melangkah sekali pasti sukar hendak kembali kepada yang asal. Oleh itu, marilah kita guna akal dan iman yang dikurniakan pada diri kita dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan kejahatan dan menjadikan kita hamba yang soleh/solehah dan bertaqwa. Amin..

Friday, May 29, 2009

Voices Of Gaza (Palestine)



VOICES OF GAZA

Hear the voices of the children
Screaming out for your name...

Hear the crying of the mothers
Losing loved ones again...

We must realize
The hurt and the pain
We must realize
That we might be the same

Shouting out for the voices in you
Screaming out for the voices in you
And never turn your back
As voices won't stop

Calling out for the voices in you...


* Dalam kesibukan melakukan kerja dan tanggungjawab kita. Janganlah kita lupa pada saudara kita di sana yang ditimpa musibah yang tidak henti-henti. Kita di sini dihujani dengan air hujan yang membawa kesuburan, kesegaran pada pokok tanaman tapi lain cerita di sana. Mereka di sana dihujani dengan beribuan peluru pandu sama ada dari kapal terbang, kereta kebal mahupun senapang yang hanya membawa kepada kematian beribuan insan yang tidak berdosa. Marilah sejenak kita muhasabah pada diri kita yang kerdil ini yang tidak mempunyai apa-apa. Kita tanya pada diri kita. Siapakah mereka di hati kita? Akhir kata "Tepuk Hati (Kalbu), Tanyalah Iman"..

Tuesday, May 26, 2009

Penerbangan Terakhir

Buat semua penumpang sama ada yang sudah bersedia ataupun tidak.

Maklumat Tentang Perjalanan
* Tempat berlepas : Kehidupan dunia
* Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
* Destinasi : Akhirat
* Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
* Masa hadir : ketika dan selepas nyawa dicabut
* Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak akan berubah

Syarat-Syarat Perjalanan
* Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana anda akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua 'pilot' yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang Muatan Yang Dibenarkan
1) 5 meter kain kafan putih
2) Kapas putih yang secukupnya
3) Muatan lain yang dipertimbangkan :-
i) Amal soleh
ii) Sedekah jariyah
iii) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
iv) Ilmu yang manfaat

Perhatian
* Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang sendiri. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

Saat & Waktu berlepas
* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah sentiasa bersedia untuk berlepas setiap saat, jika tidak mahu sebarang kesusahan.

Diulangi
* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti yang tidak perlu dipertikai dan diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka pengumuman ini ditulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian sewajarnya tentang perjalanan ini. Semoga bergembira dengan perjalanan menarik, sesuai dengan firman Allah surah Al-Kahfi ; Ertinya : "Barangsiapa mengharapkan perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik. Janganlah pula mensyirikkan Allah dengan sesuatu".

Sekian, terima kasih.

* Wahai insan semua. Adakah kita semua sudah bersedia akan perjalanan terakhir ini? Adakah kita masih leka dengan kehidupan dunia yang sementara dan yang pasti akan membuat kita terlupa akan satu peristiwa akan pasti berlaku pada setiap insan iaitu kematian? Bagaimana dengan amalan yang akan kita bawa nanti? Marilah kita sama-sama mengingati kata Rasulullah ini : "Orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya". Tanyalah pada hati dan iman kita. Sejauh mana persediaan kita menghadapi perjalanan terakhir ini???

Sunday, May 24, 2009

Caknakah Kita @ Kita Tertipu


Dalam kita sedar atau tidak apa yang sedang berlaku kini. Itulah realiti yang kita harus terima. Realiti ini jugak membuka mata kita sekaligus membuka mata hati kita yang selama ini memandang remeh dan tidak ambil kisah semua ini. Cuba anda perhatikan betul-betul gambar 2 jenis kasut diatas. 1 jenis untuk orang dewasa dan 1 lagi untuk baby. Corak apa yang ada pada kulit kasut itu? Titik bintang 3, apa itu? Itulah tandanya ia adalah kulit babi. Maknanya kedua-dua kasut itu dibuat daripada kulit babi. Ohh..tidak, kita tertipu..